Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

08/02/2024 | Press release | Distributed by Public on 08/01/2024 18:10

WAKIL MALAYSIA DI UPACARA PENGEBUMIAN ALMARHUM ISMAIL HANIYEH

WAKIL MALAYSIA DI UPACARA PENGEBUMIAN ALMARHUM ISMAIL HANIYEH

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri pengebumian Almarhum Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin pada 2 Ogos 2024. Beliau akan diiringi Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan para pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri.

YB Timbalan Menteri Dalam Negeri dan delegasi akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat. Jenazah Almarhum Ismail Haniyeh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam di bandar Lusail.

Malaysia akan terus bersolidariti dengan ahli keluarga, kepimpinan dan rakyat Palestin. Penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Almarhum Ismail Haniyeh yang telah memberikan keluarga, nyawa dan jiwanya dalam perjuangan untuk kebebasan, keamanan dan keadilan ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.

PUTRAJAYA

2 Ogos 2024