Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

07/03/2024 | Press release | Distributed by Public on 07/03/2024 17:38

TAUFAN BERYL MELANDA KEPULAUAN CARIBBEAN

TAUFAN BERYL MELANDA KEPULAUAN CARIBBEAN

Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Cuba sedang memantau rapat pergerakan Taufan Beryl. Taufan tersebut (kini Kategori-4), yang sedang melalui Kepulauan Caribbean, dijangka akan melanda Jamaica pada Rabu, 4 Julai 2024.

Kedutaan Besar Malaysia di Havana turut berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di Jamaica dan negara-negara berhampiran (termasuk Kepulauan Cayman, Cuba, Republik Dominica, Haiti, dan Kepulauan Turks & Caicos).

Rakyat Malaysia di Jamaica dan negara-negara berhampiran yang terjejas dinasihatkan untuk berwaspada, dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Havana, seperti maklumat berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI HAVANA

Alamat : No. 6612, 5th Avenue and 68 Street Miramar, Playa, Havana, Cuba

No. Telefon : +53 7204 8883/ +53 7204 8884

Emel : [email protected]

Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

PUTRAJAYA

3 Julai 2024