Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

12/09/2024 | Press release | Distributed by Public on 12/09/2024 17:56

SITUASI DI SYRIA

SITUASI DI SYRIA

Malaysia mengikuti rapat perkembangan di Syria dan menekankan keperluan mendesak untuk penyelesaian jangka panjang dan mampan terhadap situasi di negara tersebut, berlandaskan undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.

Malaysia percaya bahawa perlindungan institusi nasional utama serta kebajikan dan kepentingan rakyat Syria seharusnya menjadi keutamaan semasa tempoh peralihan ini, sementara kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Syria dihormati sepenuhnya.

Malaysia menyeru semua pihak untuk membuka dialog yang inklusif dan konstruktif bagi membuka jalan kepada pemulihan dan keamanan serta kestabilan jangka panjang di Syria. Malaysia menyokong hak rakyat Syria untuk menentukan masa depan mereka selaras dengan aspirasi mereka yang sah.

PUTRAJAYA

9 Disember 2024