11/27/2024 | Press release | Distributed by Public on 11/27/2024 17:47
PERKEMBANGAN TERKINI DI PAKISTAN
Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, sedang memantau rapi situasi di Islamabad susulan pergolakan yang berlaku di ibu negara dalam tempoh dua hari yang lalu.
Suruhanjaya Tinggi sentiasa berhubung dengan semua rakyat Malaysia yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi. Berdasarkan laporan terkini, seramai 32 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Chilas kini dalam perjalanan menuju ke Bersham berikutan keadaan di kawasan tersebut yang semakin pulih. Suruhanjaya Tinggi sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kepulangan mereka berjalan dengan selamat dan terjamin. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas digesa untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad digalakkan untuk segera berbuat demikian melalui e-konsular (https://ekonsular.kln.gov.my/login) bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan tepat pada masanya. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad melalui maklumat berikut:
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI ISLAMABAD
Alamat: Plot No. 144-150, Street No. 17,
Sector G-5, Diplomatic Enclave, Islamabad
Nombor telefon: +92 51 207 2900 ext. 123 or 125
Emel: [email protected]
Kementerian Luar Negeri akan sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
27 November 2024