Universiti Sains Malaysia

08/21/2024 | Press release | Archived content

10 PAKAR USM TERIMA PENGIKTIRAFAN FELO DAN KEAHLIAN AKADEMI PERUBATAN MALAYSIA

Written on 21 August 2024.

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Ogos 2024 - 10 orang pakar dari Universiti Sains Malaysia (USM) menerima pengiktirafan felo dan keahlian Akademi Perubatan Malaysia dalam satu majlis yang berlangsung di Institut Kesihatan Negara (National Institutes of Health Malaysia - NIH), semalam.

Daripada jumlah tersebut, dua (2) orang pakar menerima pengiktirafan felo iaitu Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman (College of Emergency Medicine) dan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdull Wahab (College of Emergency Medicine).

Anugerah felo diberikan kepada pakar-pakar perubatan yang menyumbang secara signifikan dalam aspek penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan perkhidmatan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Manakala lapan (8) orang pakar lagi menerima keahlian Akademik Perubatan Malaysia iaitu:

  • Profesor Dr. Zakuan Zainy Deris (College of Pathologists);
  • Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah (College of Obstetricians & Gynaecologists);
  • Profesor Madya Dr. Zulfakar Mazlan (College of Anaesthesiologists);
  • Profesor Madya Dr. Muhammad Hafiz Hanafi (College of Physicians);
  • Nur Karyatee Kassim (College of Pathologists);
  • Nur Asma Sapiai (College of Radiology); ⁠
  • Anis Munirah Mohd Kori (College of Paediatrics); dan
  • Nik Haszroel Hysham Nik Hashim (College of Pathologists).

Pengiktirafan tersebut diberikan sempena '25th NIH Scientific Conference yang berlangsung bersama-sama '15th MOH-AMM Scientific Meeting 2024' yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua. Semoga ilmu, pengalaman serta status sebagai graduan, pakar perubatan dan pakar bidang (subject matter expert) dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kesihatan rakyat, kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.

Sumber: Lensa & Peristiwa, Laman Web Kampus Kesihatan USM