Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

07/16/2024 | Press release | Distributed by Public on 07/15/2024 22:40

INSIDEN TEMBAKAN DI OMAN

INSIDEN TEMBAKAN DI OMAN

Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang memantau rapat perkembangan susulan insiden tembakan yang berlaku di sekitar sebuah masjid di wilayah Wadi Al Kabir, Oman pada awal hari ini, 16 Julai 2024.

Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman, seperti maklumat di bawah:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MUSCAT, OMAN

Alamat : Villa No.2443, Way 3030

Shatti Al Qurum

P.O. Box 51, Bareeq Alshati

Muscat

No. Telefon : +(968) 2469 8329, +(968) 7159 2388

Emel : [email protected]

Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

PUTRAJAYA

16 Julai 2024