Universiti Sains Malaysia

11/28/2024 | Press release | Distributed by Public on 11/28/2024 10:24

AKADEMIA USM LAKAR NAMA DALAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KPT–ELSEVIER SEMPENA FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2024

Written on 28 November 2024.

PUTRAJAYA, 28 November 2024 - Akademia Universiti Sains Malaysia (USM) melakar nama sebagai penerima utama dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Tinggi-Elsevier, yang diadakan khas bersempena Festival Idea Putrajaya (FOI) di sini hari ini.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed mendahului senarai apabila diumum sebagai penerima anugerah Malaysia Scopus Research Excellence Awards bagi kategori Research Innovations.

Majlis berprestij itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud; Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr. Azlinda Azman; pengurusan tertinggi KPT dan JPT, serta delegasi dari institusi pendidikan tinggi tanah air.

Majlis anugerah tersebut turut dijayakan dengan kerjasama Elsevier, sebuah syarikat berpangkalan di Belanda yang memainkan peranan penting dalam penyelidikan dan penerbitan di peringkat antarabangsa.

Objektif utama malam anugerah itu adalah untuk memberi pengiktirafan kepada penyelidik yang telah menghasilkan penerbitan ilmiah berkualiti, yang memberi manfaat dan impak terhadap sosial dan pembangunan negara.

Terdapat dua (2) kategori anugerah yang disampaikan, iaitu Malaysia Scopus Research Excellence Awards dan Scopus Journal CREME Awards.

Anugerah Malaysia Scopus Research Excellence Awards dibahagikan kepada tiga kategori: Research Innovations, Societal Impacts, dan Ground Breaking Contributions, yang mana pemenang dipilih berdasarkan impak penerbitan terhadap pembangunan negara.

Selain itu, penganugerahan taraf CREME, yang diperkenalkan pada tahun 2012, bertujuan mengiktiraf jurnal tempatan dalam ekosistem KPT yang berprestasi tinggi untuk menerima insentif.

Pengiktirafan ini memberi galakan kepada penerbitan jurnal tempatan, sekali gus meningkatkan prestasi di peringkat antarabangsa.

Langkah ini juga dijangka meningkatkan jumlah artikel oleh penyelidik tempatan dan memacu kualiti jurnal yang diterbitkan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Senarai penyelidik USM yang menerima anugerah Malaysia Scopus Research Excellence Awards adalah seperti berikut:

(1) Kategori Ground Breaking Contributions;

  • Profesor Ir. Dr. Abdul Latif Ahmad
  • Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly

(2) Kategori Research Innovations;

  • Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed

(3) Kategori Societal Impacts;

  • Profesor Dato' Dr. Jafri Malin Abdullah
  • Profesor TPr. Dr. Khoo Suet Leng
  • Profesor Madya Dr. Tang Chor Foon

Senarai Jurnal yang menerima Scopus Journal CRÈME Awards adalah seperti berikut:

(1) Kategori Scopus (Sains Sosial) 2021/2022

  • Jurnal: Asian Academy of Management Journal

Ketua Editor: Profesor Dr. Ramayah Thurasamy

(2) Kategori Scopus (Sains dan Teknologi) 2021/2022

  • Jurnal: Malaysian Journal of Medical Sciences

Ketua Editor: Profesor Dato' Dr. Jafri Malin Abdullah

  • Jurnal: Bulletin of Malaysian Mathematical Sciences Society

Ketua Editor: Profesor Dato' Indera Dr. Rosihan M. Ali

  • Jurnal: Tropical Life Sciences Research

Ketua Editor: Profesor Dr. Alexander Chong Shu-Chien

Teks: Marziana Mohamed Alias