Universiti Sains Malaysia

02/07/2023 | Press release | Distributed by Public on 02/07/2023 09:12

PBT USM ANJUR FORUM SEMPENA TAHUN BARU CINA

USM Pulau Pinang, 7 Februari 2023 - Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menganjurkan "Forum Sempena Tahun Baru Cina Yang Pertama" di Dewan Utama Desasiswa USM baru-baru ini.

Seramai 350 orang pelajar USM telah menghadiri program tersebut untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Program tersebut dianjurkan oleh 2 unit Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) USM iaitu Unit Perbincangan dan Unit Kaunseling PBT USM.

Cikgu Loh Chee Hoo juga telah dijemput untuk berkongsi dan membincangkan topik forum yang bertajuk "Bolehkah markah ujian menentukan keupayaan peribadi pelajar?".

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membolehkan para pelajar USM memahami perkaitan antara pencapaian akademik dengan kebolehan peribadi dan pada masa yang sama turut menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Antara acara ketika sambutan program ini merangkumi persembahan tarian singa, tarian naga, diabolo, gendang 24 musim, tarian, korus dan Lau Sheng.

Teks asal : Choo Xuan Ping
Suntingan : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : PBT USM