Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

06/26/2023 | Press release | Distributed by Public on 06/26/2023 01:49

LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAO PADA 26 DAN 27 JUN 2023

LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE

REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAO PADA 26 DAN 27 JUN 2023

1. YAB Perdana Menteri akan tiba pada petang ini bagi mengadakan lawatan rasmi yang pertama beliau ke Republik Demokratik Rakyat Lao pada 26 dan 27 Jun 2023.

2. Kali terakhir Perdana Menteri Malaysia mengadakan lawatan ke Laos adalah pada tahun 2016 bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang dipengerusikan oleh Laos pada ketika itu.

3. Lawatan YAB Perdana Menteri ke Laos ini memberi peluang kepada kepada pemimpin kedua-dua negara membina momentum yang positif sebelum Laos mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Indonesia pada tahun hadapan (2024).

4. Lawatan rasmi ini merupakan jemputan daripada Perdana Menteri Laos, TYT Sonexay Siphandone (Son-Sai Si-Pan-Don) yang dipanjangkan kepada YAB Perdana Menteri semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Labuan Bajo, Indonesia baru-baru ini.

5. Lawatan rasmi ini berperanan besar dalam memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala dengan Laos.

6. Semasa lawatan ini, YAB Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan :

i. Presiden Laos, Thongloun Sisoulith (Tong-Lun Si-Su-Lit);

ii. PerdanaMenteriLaos, Sonexay Siphandone (Son-Sai Si-Pan-Don); dan

iii. Presiden Dewan Rakyat Laos, Xaysomphone Phomvihane (Sai-Som- Pon Pom-Vi-Han).

7. YAB Perdana Menteri dan Perdana Menteri Sonexay (Son-Sai) dijangka akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama di antara:

i. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE) dalam bidang pengangkutan kereta api; dan

ii. Mutiara Perlis Sdn. Bhd. (MPSB) dan Thanaleng Dry Port (TDP) dalam bidang pelabuhan darat.

8. YAB Perdana Menteri akan turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Electricite du Lao

(EDL).

9. Memorandum Persefahaman dan Kerjasama ini dijangka akan mengukuhkan lagi pelaburan Malaysia di Laos dan memberikan faedah kepada

pembangunan sosio-ekonomi kedua-dua negara yang menguntungkan rakyat.

10. YAB Perdana Menteri juga dijadual akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin IslamdiLaos,bagimembincangkanisu-isu Ummah terutamanya yang

dihadapi oleh umat Islam di Laos.

11. YAB Perdana Menteri juga dijangka bertemu dengan diaspora Malaysia di negara ini untuk sesi ramah mesra dan peluang berkongsi dasar serta hala tuju

Kerajaan Malaysia Madani.

Hubungan Dua Hala

12. Laos merupakan anggota ASEAN sejak tahun 1997 dan rakan kongsi strategik yang penting untuk Malaysia di rantau Asia Tenggara. Kedua-dua negara

mempunyai jalinan kerjasama erat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kewangan, perbankan, pendidikan, pertahanan, bekalan tenaga (energy

supply) dan lain-lain.

13. Malaysia bersedia membantu Laos dalam persediaan negara tersebut menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan (2024).

14. Hubungan erat di antara Malaysia dan Laos ini telah diperkukuhkan melalui kerangka Suruhanjaya Bersama untuk Kerjasama Dua Hala (Joint

Commission for Bilateral Cooperation - JCBC). Kerangka ini merupakan mekanisma dua hala yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu

berkepentingan bersama di peringkat Menteri Luar Negeri.

15. Laos dijangka akan menganjurkan Mesyuarat JCBC ke-4 pada tahun hadapan bagi meneruskan momentum kerjasama dua hala di antara kedua-dua

negara.

16. Kerjasama ekonomi yang kukuh adalah tiang utama dalam pembentukan hubungan erat di antara Malaysia dan Laos. Pada tahun lepas, jumlah

dagangan di antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 425% dan dinilaikan sebanyak RM1.127 bilion (USD255.6 juta).

17. Peningkatan ketara dalam jumlah dagangan ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap barangan elektrik dan elektronik Malaysia yang berkualiti

di Laos.

18. Malaysia merupakan pelabur keempat terbesar di Laos selepas China, Thailand dan Vietnam dengan jumlah pelaburan pada ketika ini bernilai sebanyak

RM3.6 bilion (USD794 juta).

19. Pelaburan Malaysia di Laos tertumpu kepada sektor tenaga, zon perdagangan bebas, automotif, dan perbankan. Lawatan YAB Perdana Menteri kali ini

diharap akan dapat mengembangkan lagi pelaburan Malaysia dalam sektor tenaga boleh baharu, pengangkutan kereta api dan logistik (pelabuhan darat).

20. Dalam konteks serantau, YAB Perdana Menteri dijangka akan mengambil peluang ini bagi menyatakan pendirian Malaysia terhadap situasi di Myanmar

dan menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha yang dipersetujui oleh anggota-anggota ASEAN terutamanya dalam melaksanakan Kemuafakatan

Lima Perkara (Five-Point Consensus - 5PC).

Dr. Zambry Abd Kadir

MENTERI LUAR NEGERI

26 Jun 2023