Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

10/04/2024 | Press release | Distributed by Public on 10/03/2024 20:24

EVAKUASI RAKYAT MALAYSIA DARI LUBNAN

EVAKUASI RAKYAT MALAYSIA DARI LUBNAN

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini, 4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah memudahcara pelepasan mereka dari Beirut melalui pesawat komersial.

Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan bahawa baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang masih berada di Lubnan, berjumlah 16 orang, akan berjaya dievakuasi dengan selamat.

Kementerian ini komited sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Lubnan. Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan.

PUTRAJAYA

4 Oktober 2024