12/10/2024 | Press release | Distributed by Public on 12/10/2024 17:19
MALAYSIA DAN ARAB SAUDI TELAH MEMETERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
MENGENAI PENGECUALIAN VISA UNTUK LAWATAN JANGKA PENDEK KEPADA
PEMEGANG PASPORT DIPLOMATIK DAN RASMI ATAU KHAS
YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri dan Yang Mulia Putera Faisal bin Farhan Al Saud, Menteri Luar Negeri Arab Saudi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Pengecualian Visa untuk Lawatan Jangka Pendek kepada Pemegang Pasport Diplomatik dan Rasmi atau Khas pada 10 Disember 2024 di Kementerian Luar Negeri Arab Saudi di Riyadh, sejurus selesai mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC).
Pemeteraian MoU ini merupakan satu langkah kehadapan yang signifikan dalam hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi yang dibina berasaskan kerjasama berterusan sejak penubuhan hubungan diplomatik pada tahun 1957.
Ini juga merupakan pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia, di mana ia memudahcara urusan perjalanan dan meningkatkan penglibatan secara langsung anggota-anggota pentadbiran dan pegawai kedua-dua negara.
PUTRAJAYA
10 Disember 2024