Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

11/10/2024 | Press release | Distributed by Public on 11/10/2024 20:13

MALAYSIA KECAM SERANGAN PENGGANAS BERANI MATI DI QUETTA, WILAYAH BALOCHISTAN, PAKISTAN

MALAYSIA KECAM SERANGAN PENGGANAS BERANI MATI DI QUETTA, WILAYAH

BALOCHISTAN, PAKISTAN

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas berani mati di Quetta, wilayah Balochistan, Pakistan, pada 9 November 2024, yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan kepada orang awam.

Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berdiri teguh bersama Kerajaan Pakistan dan rakyatnya sewaktu masa yang sukar ini.

Malaysia sentiasa berpendirian teguh bahawa keganasan dalam semua bentuk dan manifestasinya, merupakan ancaman bukan sahaja kepada kestabilan negara, tetapi juga adalah cabaran kepada masyarakat antarabangsa secara amnya. Malaysia kekal komited dalam menyokong usaha masyarakat antarabangsa memerangi keganasan dan menggalakkan kestabilan serantau.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sentiasa memantau perkembangan situasi semasa. Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat serangan ini. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan/atau Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi, melalui butiran yang diberikan di bawah:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI ISLAMABAD

Alamat: Street No. 17, Sector G-5, Diplomatic Enclave, Islamabad

No. Telefon: +92 51 207 2900 ext. 123 atau 125

Emel: [email protected]

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI KARACHI

Alamat: 7A Main Khayaban-e-Shamsheer 75500, DHA 5, Karachi

No. Telefon: +92 21 352 95618 atau +92 21 352 95619

Emel: [email protected]

PUTRAJAYA

10 November 2024